Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kluang Barat mula dibuka pada sesi persekolahan tahun 1994/1995 dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Sri Intan, Kluang. Pada Tanggal 15 Mac 1995, sekolah ini mempunyai bangunannya tersendiri yang tersergam indah di jalan Yule Catto, Taman Kluang Barat.

Keluasan Tapak persekolahan ini pada ketika itu ialah 4.23 hekta. Pada peringkat awalnya sekolah ini diterajui oleh Allahyarham En. Muhamad bin Taat. Bilangan tenaga pengajar seramai 16 orang manakala pelajar seramai 300 orang.

SMK Taman Kluang Barat telah dinaiktaraf ke status sekolah Gred A pada 1 Disember 2001. Pada hari ini, SMK Taman Kluang Barat mempunyai seramai lebih 800 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6. Pada masa ini, SMK Taman Kluang Barat diterajui oleh Pn. Hjh Tumirah binti Samat dengan di Bantu oleh 59 orang guru dan seramai 12 orang kakitangan sokongan.

Pengetua yang pernah menerajui SMKTKB:
Allahyarham Encik Mohamad bin Taat—1/12/1994-12/12/1995
Encik Lee Ah Wah– 13/12/1995-15/1/1998
Tn. Hj. Deraman bin Mamat - 16/1/1998-30/6/1999
Tn. Hj. Samin bin Rabani– 1/7/1999-11/2/2004
Pn. Hjh. Nor Bayah bt A. Lateff– 11/6/2004-3/11/2009
Pn. Hjh. Marmining bt Ahmad– 25/1/2010-2011
Pn Hjh Tumirah Binti Samat – 2011- kini


No comments:

Post a Comment